Peringatan buat diriku..

"Dan kembalilah kamu kpd Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-NYA sebelum datang azab kepadamu, di mana kamu tidak dapat ditolong.."

(Az-Zumar ; 54)

Salam Aidiladha 1430H =)  

Posted by: NuRuL AtiQaH

bismillah..


Selamat Hari Raya Aidiladha kpd semua ^_^

Moga-moga 10 hari pertama Zulhijjah telah dilalui sebaik mungkin..

Jemputlah dtg Open House kami hari Sabtu ni =)

Tetibe terasa nak letak article English mengenai Eid kat sini.. Manalah tau kot2 kawan2 omputih saya terbaca~ ;p


In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear Muslim brothers and sisters, may you all have a happy and blessed `Eid! We whole-heartedly implore Allah to please our hearts with the long-waited victory of Islam and the spread of its message all over the world.

`Eid, in Islam, is a day of joy, thanksgiving, worship, brotherhood, solidarity, and morality. A Muslim should take the advantage of this day to bring himself nearer to Allah, Most High.

As regards your question, we'd like to cite the following comprehensive fatwa issued by Sheikh M. S. Al-Munajjid, a prominent Saudi Islamic lecturer and author:

The Prophet (peace and blessings be upon him) said: “Every nation has its festival, and this is your festival.” Here, he referred to the fact that these two `Eids are exclusively for the Muslims.

The Muslims have no festivals apart from `Eidul-Fitr and `Eidul-Adha. Anas (may Allah be pleased with him) said: “The Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) came to Al-Madinah, the people of Madinah used to have two festivals. On those two days they had carnivals and festivity. The Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) asked the Ansar (the Muslims of Madinah) about it. They replied that before Islam they used to have carnivals on those two joyous days. The Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) told them: "Instead of those two days, Allah has appointed two other days which are better, the days of `Eidul-Fitr and `Eidul-Adha." (Reported by Abu Dawud)

These two `Eids are among the signs of Allah, to which we must show consideration and understand their objectives. Below, we will elaborate the rulings and etiquette of `Eid.

Rulings of `Eid

1.
Fasting: It is haram to fast on the days of `Eid because of the hadith of Abu Sa`id Al-Khudri (may Allah be pleased with him) in which he said that the Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) forbade fasting on the day of Fitr and the day of Adha. (Reported by Muslim)

2. Offering `Eid Prayers: Some of the scholars say that `Eid Prayers are Wajib (obligatory) – this is the view of the Hanafi scholars and of Sheikh al-Islam Ibn Taymiyah. Some scholars say that `Eid Prayer is Fard Kifayah (a communal duty, binding on the Muslims as a group, and it is fulfilled if a sufficient number of people perform it, thereby absolving the rest of sin). This is the view of the Hanbalis. A third group say that `Eid Prayer is Sunnah Mu'akkadah. This is the view of the Malikis and Shafi`is.

3. Offering Supererogatory Prayers: There are no Supererogatory Prayers to be offered either before or after the `Eid Prayer, as Ibn `Abbas reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) used to come out on the day of `Eid and pray two Rak`ahs, with nothing before or after them. This is the case if the Prayer is offered in an open area. If, however, the people pray the `Eid Prayer in a mosque, then they should pray two Rak`ahs for Tahiyat Al-Masjid.

4. Women attending the `Eid Prayers: According to the Sunnah of the Prophet (peace and blessings be upon him) everyone is urged to attend `Eid Prayer, and to co-operate with one another in righteousness and piety. The menstruating woman should not forsake the remembrance of Allah or places of goodness such as gatherings for the purpose of seeking knowledge and remembering Allah – apart from mosques. Women, undoubtedly, should not go out without the Hijab.

Etiquette of `Eid

1.
Ghusl (taking a bath): One of the good manners of `Eid is to take bath before going out to the Prayer. It was reported that Sa`id ibn Jubayr said: “Three things are Sunnah on `Eid: to walk (to the prayer-place), to take a bath, and to eat before coming out (if it's `Eidul-Fitr).”

2. Eating before coming out: One should not come out to the prayer-place on `Eidul-Fitr before eating some dates, because of the hadith narrated by Al-Bukhari from Anas ibn Malik who said: “The Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) would not go out in the morning of `Eidul-Fitr until he had eaten some dates… and he would eat an odd number.” On `Eidul-Adha, on the other hand, it is Mustahab (recommended) not to eat until after the Prayer, when one should eat from the meat of one’s sacrifice.

3. Takbir on the day of `Eid: This is one of the greatest Sunnahs of this day. Al-Daraqutni and others reported that when Ibn `Umar came out on `Eidul-Fitr and `Eidul-Adha, he would strive hard in making Takbir until he reached the prayer-place, then he would continue making Takbir until the Imam came.

4. Congratulating one another: People may exchange congratulations and good greetings on `Eid, no matter what form the words take. For example they may say to one another, “Taqabbal Allahu minnaa wa minkum (may Allah accept from us and from you our good deeds!)". Jubayr ibn Nufayr said: “At the time of the Prophet (peace and blessings be upon him) when people met one another on the day of `Eid, they would say, ‘Taqabbal Allahu minnaa wa minka.’” (Reported by Ibn Hajar)

5. Wearing one's best clothes for `Eid: Jabir (may Allah be pleased with him) said: “The Prophet (peace and blessings be upon him) had a Jubbah (cloak) that he would wear on `Eid and on Fridays.” Al-Bayhaqi reported that Ibn `Umar used to wear his best clothes on `Eid, so men should wear the best clothes they have when they go out for `Eid.

6. Changing route on returning from Prayer-place: Jabir ibn `Abdullah (may Allah be pleased with him) reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) used to change his routes on the day of `Eid. (Reported by Al-Bukhari)

Taken from : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503544984&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar


Sekali lagi, Salam Aidiladha saya ucapkan. Ampunkan saya kerana jarang dpt update blog kebelakangan ini dek kekangan masa.. Moga Allah swt mmberkati masa yg dipinjamkan~ T.T


"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.."

[Al-Baqarah ; 207]


"Biarlah redha Allah yang sedang dicari, dan akan dicari selama-lamanya.."

Wallahu'alam

10 AMALAN YANG TERBALIK  

Posted by: NuRuL AtiQaH

bismillah..

Allah telah berfirman,

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). "

(Al-Baqarah ; 214)


Saya terasa sangat diuji.

Hampir SETIAP HARI saya ada kerja nak kena hantar..

Isnin - Lab report dan Soalan Tutorial yg bertajuk "Quantum Theory"
Selasa - Lab report gaks
Khamis - Soalan Workshop yg bertajuk "Structural Chemistry"
Jumaat - Soalan Tutorial yg bertajuk "Organic Chemistry"

dan ini berlaku hampir setiap minggu sejak kebelakangan ini.


Ya Rabbana, berilah petunjuk dan kecemerlangan agar diriku tidak menjadi fitnah ke atas Islam..


Ayat penyedap hati ;

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

[Al-Baqarah: 286]


Hari ini sepatutnya masyarakat bkn Islam di sini menyambut Halloween, namun mereka telah menyambut beberapa hari lepas lagi. Ketika saya berjalan seorang diri setelah bertanding chess di Peter Froggatt Centre malam kelmarin (saya dpt "Women Best Player" btw.. haha. lawak), saya menemui ramai sangat manusia yg menyambut Halloween dgn "Fancy Dress" masing2. Ada yg jadi Superman, Batman, Cinderella, malah Orang Minyak pun ade.. huhu. Mcm budak-budak~

More about Halloween (Click)


Di sini juga saya nak berkongsi (copy paste) article yg saya terjumpa.. mengenai '10 AMALAN YANG TERBALIK' insyaAllah ;


10 AMALAN YANG TERBALIK


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.



"Biarlah redha Allah yg sedang dicari, dan akan dicari selama-lamanya.."

Wallahu'alam

"The lion, snake, rats and honey comb..."  

Posted by: NuRuL AtiQaH

Bismillah..

Byk keje kena hantar hari Isnin ni. Tp sy ada sedikit perkongsian cerita yg sgt best, insyaAllah =)


"The lion, snake, rats and honey comb....

a learning story."

Once a man saw in his dream, that a lion was chasing him. The man ran to a tree, climbed on to it and sat on a branch. He looked down and saw that the lion was still there waiting for him. The man then looked to his side where the branch he was sitting on was attached to the tree and saw that two rats were circling around and eating the branch. One rat was black and the other one was white. The branch would fall on the ground very soon. The man then looked below again with fear and discovered that a big black snake had come and settled directly under him. The snake opened its mouth right under the man so that he will fall into it.


The man then looked up to see if there was anything that he could hold on to. He saw another branch with a honeycomb. Drops of honey were falling from it. The man wanted to taste one of the drops. So, he put his tongue out and tasted one of the fallen drops of honey. The honey was amazing in taste. So, he wanted to taste another drop. As he did, he got lost into the sweetness of the honey. Meanwhile, he forgot about the two rats eating his branch away, the lion on the ground and the snake that is sitting right under him. After a while, he woke up from his sleep.



To get the meaning behind this dream, the man went to a a pious scholar of Islam. The scholar said "The lion you saw is your death. It always chases you and goes where ever you go. The two rats, one black and one white, are the night and the day. Black one is the night and the white one is the day. They circle around, coming one after another, to eat your time as they take you closer to death. The big black snake with a dark mouth is your grave. It's there, just waiting for you to fall into it. The honeycomb is this world and the sweet honey is the luxaries of this world. We like to taste a drop of the luxaries of this world but it's very sweet. Then we taste another drop and yet another. Meanwhile, we get lost into it and we forget about our time, we forget about our death and we forget about our graves."

"May Allah wake us up from the sleep and save us before it's too late. Ameen.."




'Biarlah redha Allah yang sedang dicari.. dan akan dicari selama-lamanya'.

Wallahualam..

Early Days of 2nd Year  

Posted by: NuRuL AtiQaH

Bismillah..

Sy berasa amat bersalah kpd para pengunjung blog sy yg tak seberapa ni.. Ampun maaf sgt kerana baru berkesempatan utk update. Internet baru masuk umah semalam.. Sebelum ni hanya share (bukan steal ya) internet wireless jiran yg tidak tentu masa on & off nya. Emel yahoo ku pula problem dgn masalah spam dan sbgnya. Rumah baru kami ni pula ada yg tak setel lagi. So tak tau lg bilakah kami akan buat open house + house-warming~


Bersama family dan saudara mara di KLIA Airport


Bersama kawan2 Belfast yg pulang sekali


Alhamdulillah.. Telah selamat sampai..
Sejukkk~






Lanyon Building in Queen's University Belfast


Belfast Islamic Centre (Masjid)






Dalam lab (sedang mendengar penerangan guru) ;
Our 1st day of 2nd year



Bersama Emma Clarke yg tak jadi tukar course ^_^


Terasa suatu pengajaran yg amat besar buat sy kerana berani tiba dari Malaysia di Belfast sehari sebelum kelas utk Tahun Kedua bermula. Lectures + workshops + seminars + tutorials + practicals in lab sudah cukup utk membuat sy susah utk bernafas. Nampaknya saya harus membetulkan cara pengurusan masa dan kerja yg semakin bertimbun.


Utk practicals in lab atau bahasa mudahnya Eksperimen, minggu lepas sy terpaksa menghadap bahan2 kimia selama 7 jam dan ada rehat selama sejam sahaja. Namun pada minggu ni (esok dan selasa) saya akan menghadap bhn2 kimia selama 12 jam. Esok 7 jam juga dan rehat sejam, begitu juga pada hari selasa utk eksperimen bertajuk Chromatography : The Wittig and Related Reactions.


Tension? Ya saya memang tension. Pada tahun pertama kami hanya bereksperimen selama 3 jam sahaja setiap seminggu. Namun kali ni 6 atau 12 jam! InsyaAllah perubahan drastik pada tahun kedua ini akan dibiasakan, cuma memerlukan sedikit masa. Pre-lab report dan Post-lab report tak siap lg. Harus saya berhenti menulis sekarang.


Tapi terasa nk sambung sikit. Dalam detik2 kesusahan, teringat article ini yg diterbitkan pada tahun lepas. Sesungguhnya Allah swt telah menjawab setiap persoalan.


iNNa ma'aL usRi yUsRaa.." (94:6)
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..=)


Kenangan Raya 2009 bersama keluarga di kampung :)


My Siblings (Tgh buat ape mereka sekarang ni ye.. Tgh main bola ke?)


Dik Athirah yg comel, anak Kak Hajar ketika sambutan raya di Belfast.



Rumah baru, pinggan mangkuk baru!
Gambar2 lain akan menyusul kemudian insyaAllah
:)


p/s ; Muslim Population di dunia semakin bertambah dan berkembang (Click)

p/s/s ; Waktu gempa di Padang baru-baru ini sama dengan ayat dan surah dlm Al-Quran (Click)

Subhanallah!

'Biarlah redha Allah yang sedang dicari.. dan akan dicari selama-lamanya'.

Wallahualam..

Flying back to UK  

Posted by: NuRuL AtiQaH

bismillah..



Selamat Hari Raya Aidilfitri lagi sekali kepada semua muslimin dan muslimat tak kira di mana jua berada..=)

insyaAllah esok saya dan kawan2 akan terbang semula ke UK pada pukul 2.30 ptg, dari KLIA.

dan insyaAllah akan sampai Belfast pada hari Ahad, pukul 12.25 tghari (waktu UK)

Mohon ampun dan maaf kepada semua jika ada tersalah dan tersilap.

Doakan segalanya dipermudahkan ya.. Jzkk

Sekian dahulu buat kali ini, wassalam ^_^



"Biarlah redha Allah yg sedang dicari, dan akan dicari selama-lamanya.."

Wallahu'alam

Salam Aidilfitri =)  

Posted by: NuRuL AtiQaH

bismillah..


Dengan ini saya dengan penuh rendah hatinya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Pengunjung yang sudi berkunjung di blog saya. Jemputlah berkunjung ke rumah saya pula~ Mohon ampun dan maaf jika tersalah silap ya (dah mcm tradisi laks mintak maaf time raya. Sama-sama kita semua memaafkan setiap org, setiap mlm sebelum tidur insyaAllah). Lagi 6 hari dah kena balik UK. Harus memanfaatkan sebaik-baiknya beberapa hari lagi yang tinggal di tanah air tercinta. ^_^ Untuk kenangan beraya di perantauan pada tahun lepas, click di sini.





"Biarlah redha Allah yang sedang dicari, dan akan dicari selama-lamanya.."

Wallahu'alam

Ramadhan di United Kingdom dan Malaysia  

Posted by: NuRuL AtiQaH

bismillah..

Seperti yang pernah ditulis di status FB saya,

"Ramadhan semakin beransur pergi. Namun cukupkah bekalan amal dan taqwa yang telah kita kumpul sepanjang beberapa hari yang telah lalu utk menghadapi 11 bulan berikutnya nanti?"


Adalah untuk semua dan saya terutamanya agar bermuhasabah diri.



Hari-hari terakhir Ramadhan mengingatkan saya tentang UK. Puas saya mencari sebabnya, rupa-rupanya kerana pada tahun lepas, buat pertama kalinya saya terbang ke UK pada seminggu sebelum Raya, iaitu pada akhir-akhir Ramadhan. MasyaAllah, rindu rasanya untuk berpuasa di UK. Bukan apa, lain rasanya. Tidaklah saya berniat untuk membandingkan, tapi ia adalah suatu kenyataan. Jika di Malaysia, akhir-akhir Ramadhan ni la manusia berpusu-pusu ke Pusat Beli Belah dan menyiapkan seribu satu persiapan untuk menyambut ketibaan Syawal.


Namun di UK, manusia muslim berpusu-pusu ke masjid dan menambah amal ibadah. Saya masih ingat pada malam 29 Ramadhan tahun lepas, pada pukul 3 pagi saya bersama sahabat2 ke sebuah masjid di sana iaitu Belfast Islamic Centre atau lebih dikenali sbg BIC dengan tujuan utk Qiam, dan apa yang berlaku ialah, saya menangis melihat suasana di sana. Betapa ramainya manusia yang tidur (berkampung) di BIC selepas Terawih untuk beribadah kepada Allah di sebelah malamnya. Ketika saya sampai, lebih kurang pukul 3.15 pagi, semua (bahagian muslimat) telahpun bangun dan bersiap sedia utk beribadah kpd Allah swt.


Saya terkedu. Saya sangat terkedu melihat suasana sebegitu. Yang Melayu memang berapa ketul je la sebab di Belfast, kami memang tak ramai. Yang memenuhi BIC pada ketika itu ialah yang berbangsa Irish dan British (Irish dan British yang telah masuk Islam), Org Arab, Pakistan, dsb. Bermacam-macam bangsa namun bertunjangkan satu akidah. Oh, saya sangat merindui suasana itu. Kerana di Malaysia agak sukar untuk tidur di masjid dan berqiam ramai-ramai macam tu. Sedangkan saf terawih pun sangat menyedihkan pada akhir-akhir Ramadhan ni. Astaghfirullah. Siapalah saya untuk bercakap begini. Tapi itulah kenyataan dan realiti di tanah air tercinta.


Mungkin ada benarnya seperti yang telah diperkatakan ramai orang, di negara sendiri kita nampak "Muslim tanpa Islam" tetapi di negara orang, kita nampak "Islam tanpa Muslim"?


Sama-sama kita memanfaatkan Ramadhan yang tinggal satu hari lagi ini sebaik-baiknya. Tetapi janganlah kita menjadi Hamba Ramadhan. :)


Saya ternampak banyak lagi perbezaan Ramadhan di UK dan Malaysia, lebih-lebih lagi apabila terbuka emel di YG (yahoogroup) QMC (Queen's Malay Club) yang ditubuhkan di Belfast untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia.

~~Suatu perkongsian (dari YG QMC)~~

Ramadhan di UK


1. Akan ada banyak jemputan untuk IFTAR (majlis berbuka puasa) dan perlunya Rewang (bahasa Jawa kot) atau maknanya bergotong royong

Assalamualaikum.

Untuk IFTAR di BIC, jangan lupa beramai-ramai datang memasak esok di 76, Ashley Avenue bermula 10 pagi. Sila bawa bersama papan potong dan pisau.

Terima kasih


2. Selepas IFTAR di BIC

Assalamualaikum w.b.t.

Warga QMC sekalian,

Alhamdulillah, tahun ini sekali lg kita berjaya menganjurkan juadah berbuka puasa di BIC sepertimana tahun-tahun sebelum ini.

QMC ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada warga Melayu (dan Moro) yg telah menderma bagi menjayakan iftar di BIC, khususnya kpd Kak Hanie yg telah memulakan kutipan derma bagi pihak muslimat.

Terima kasih juga diucapkan kpd Head Chef kita, Mr Sabaruddin, serta askar-askar beliau yg telah merewang (gotong-royong) utk menyediakan makanan yg sedap!

Tak dilupa kepada srikandi-srikandi yg diketuai oleh Kak Hanie yg telah menyediakan kuih-muih (popiah, karipap & ketayap) yg sungguh menyelerakan! (Brilliant, bak kata Jamie Oliver).

Terima kasih juga kepada tuan-tuan rumah yg menjadikan rumah-rumah mereka sbg dapur awam bagi menyediakan makanan, iaitu Mr. Sabaruddin & Kak Poja serta Zaki & Idris.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yg telah menyumbang dan membantu, secara langsung mahupun tidak langsung. InsyaAllah thn depan kita akan anjurkan lg iftar di BIC.

Pada kesempatan ini, QMC juga memohon maaf kepada mereka yg pulang dari BIC kecewa kerana membawa pulang tupperware kosong. Bukanlah niat kami hendak memberi harapan palsu, namun kami lgsg tidak menjangka begitu ramai org yg datang berbuka puasa di BIC pd hari ini. Harap dimaafkan.

Sekian, tahniah & terima kasih.


3. Jemputan utk IFTAR di rumah-rumah pula.. Antaranya,

Assalamualaikum,

we would like to invite all the qmc members to our place
for iftar on the 13th of sept, insyaAllah.
the add is
23, college heights,
wellington square,
BT7 3LG.



Ramadhan di Malaysia


1. Bazar Ramadhan -> Di UK xde, so di sana perlulah masak sendiri jika terngidam apa-apa ^_^








2. Jualan kuih raya ada di mana-mana








3. Jualan Baju Raya dan Persiapan untuk Raya juga ada di mana-mana








Adik-adikku yg kepenatan, seorang lagi di sebalik kerusi
(gambar ini diambil pada Minggu Pertama Ramadhan, di mana Cuti Sekolah sedang berlangsung. Kami shopping tak main la akhir-akhir Ramadhan) ;p


Testing baju raya
(Adik terakhir dan pertama)

Kalau 'shopping' pun beringatlah,

"Sesungguhnya orang-orang yang
boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Al-Isra ; 27)

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu."(Al-Furqan ; 67)



Takbir malam ni, ohh mesti sayu~ Ramadhan dah nak pergi.... T.T.


Last year terpaksa dengar takbir kat Youtube kerana BIC tak buat dek berbeza mazhab dan komuniti melayu laks buat tapi sekejap je.. Tak cukup rasanya. Alhamdulillah tahun ni insyaAllah dapat dengar lagi banyak takbir secara live. Moga saya manfaatkannya semaksimum mungkin utk memuji KEBESARAN ALLAH SWT yang tiada tolok bandingnya.


Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelum-sebelumnya dan moga kita semua berjaya memperoleh Piala Taqwa, satu-satunya piala yang Allah janjikan buat sesiapa sahaja yang berpuasa dan beribadah hanya keranaNYA di bulan penuh kemuliaan ini. Moga semua amal ibadah kita diterima Allah swt.


Firman Allah swt,

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu BERTAKWA."
(Al-Baqarah ; 183)


Bertakwa diibaratkan seperti sedang berjalan di suatu jalan yang penuh dengan duri (dosa) dan kita sedaya upaya berusaha untuk tidak terpijak akan duri (dosa) itu.


InsyaAllah sama-sama kita memanfaatkan Ramadhan yang tinggal satu hari lagi ini dengan sebaik-baiknya.
Manusia bukan Hamba Ramadhan, tetapi Hamba Allah swt..=)



"Biarlah redha Allah yang sedang dicari, dan akan dicari selama-lamanya.."

Wallahua'alam

Muslim Youth Camp (MYC) 09  

Posted by: NuRuL AtiQaH

Bismillah..

Alhamdulillah, telah pun berlalu Program MYC (Muslim Youth Camp) bagi tahun 2009 dengan izin dan rahmatNYA.. Seronok sangat layan juniors, banyak yg nak diceritakan kat sini tp dlm kesuntukan masa ni (tgh semangat nak buat kuih raya.. huhu) biarlah gambar yg menceritakan segalanya~ laporan penuh di sini ^_^


kredit to Jpah selaku Pengarah Modul yg dah edit gambar ni


tp gmbar muslimat dia tak edit pun.. huhu ;p


Para peserta / juniors kami dari KYUEM (a-level)


Ustaz Hasrizal penceramah buat MYC kali ini


Outdoor

Air terjun pun ada~ Cuma tak sempat nk terjun je ;P


Alalaa comelnya.. Anak Ustazah Husna, Awfa


Antara Fasi Muslimat

Antara Peserta Muslimat
(yg tgh keseronokan naik roller coster ;P)


Sedang menyanyikan Lagu Tema


Lagu Tema yg sgt sgt sgt BEST!! (mengingatkan saya kpd program PUISI 08) ;




Allah telah berfirman,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.."

(Surah Muhammad ; 7)

"Biarlah redha Allah yg sedang dicari, dan akan dicari selama-lamanya.."


Wallahu'alam

Lailatul Qadar, izinkan ku bertemu denganmu..  

Posted by: NuRuL AtiQaH

bismillah..

Di FB (faceboook), dalam keseronokan saya meng"arrange" reunion skolah rendah saya pada hari raya ke-4 nanti (sebab raya ke-6 dah kena fly balik UK), sedar tak sedar sudah pun masuk 10 malam terakhir Ramadhan.. Pening kepala bila buka Homepage, banyaknya benda2 yang merapu, quiz yg merepek, application yg entah pape, etc.. Dalam kekalutan FB, Alhamdulillah terserlah juga cahaya ketenangan.. Seorang sahabat telah men"tag" saya dalam satu note yg bertajuk, "Ramadhan ; Sucikan Hati, Tingkatkan Prestasi dan Pencarian Lailatul Qadar". Many thanks dan Jazakillah kpd sahabat, akan saya kongsikan di sini yea.. Semoga kita semua mendapat rahmatNYA dalam sesi pencarian Lailatul Qadar =)



Assalamualaikum W.B.T. kepada para pembaca yang sudi membaca penulisan ana. Alhamdulillah, ana memanjatkan syukur kehadrat Ilahi,kerana masih lagi dikurniakan akal yang sempurna untuk berfikir, masih juga diberi kesihatan yang mengizinkan ana untuk terus menulis disini. Sebagai muqadimah penulisan ana pada entry kali ini, ingin ana berkongsi sesuatu dengan para pembaca sekalian.

"Ambillah waktu untuk berfikir kerana itulah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk berdoa kerana itulah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar kerana itulah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mendekatiNYA kerana itulah sumber kekuatan jiwa. Dan rebutlah Ramadhan selagi diberi peluang kerana ianya mungkin Ramadhan yang terakhir untuk dinikmati"


Itulah antara bait-bait ayat yang terdapat pada phamplet Program Forum Ihya' Ramadhan 2009 yang telah diadakan di kolej ana pada malam semalam (9 September 2009). Panel pada malam itu adalah Ustaz Zulkarnain Hamzah dan Ustaz Hasnan Kasan.Syukran ana ucapkan kepada kedua-dua panel jemputan ini kerana berkongsi ilmu dengan kami disini.Dengan apa yang disampaikan oleh kedua-dua Ustaz ini,ana berasa sangat bertuah dan bersyukur kerana apa yang telah disampaikan kepada ana dan sahabat-sahabat ana yang lain begitu memberi semangat buat kami untuk berubah menjadi lebih baik.Dan ana juga berasa sangat bertuah kerana berada disini kerana terdapat banyak program yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan.Terima Kasih kepada pihak JAKSA,BADAR Kolej Tun Syed Nasir,Universiti Kebangsaan Malaysia dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan kesemua program Ihya' Ramadhan.


Memetik kata-kata panel pada malam itu, "Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah.Dimana fitrah itu adalah hati yang bersih dari segala dosa dan tompok hitam pada hati.Kekuatan dalaman diperoleh daripada IMAN,dan iman akan duduk dalam hati yang bersih.Dan amalan baik akan menghapuskan amalan yang jahat (dosa).Dosa adalah perkara yang menjadi hijab antara kita dengan Allah."


Jadi kesimpulan yang ana dapat dari ayat diatas adalah penjagaan hati itu adalah sangat penting. Bagaimana untuk menggapai hati yang tidak akan mati? Antaranya adalah jangan tinggal majlis ilmu,jangan tinggal bangun malam kerana dengan bangun malam untuk mengerjakan solat sunat ianya akan melahirkan insan yang cemerlang didunia dan diakhirat.Selain itu adalah jangan tinggal baca al-Quran,banyakkan zikrullah dan jaga pemakanan.Jaga pemakanan ini bukan hanya mengkhusus kepada makanan yang sihat yang menepati piramid makanan,tetapi ianya juga memberi maksud makanan yang halal,samada halal dari sudut konten makanan tersebut dan juga sumber mendapatkan makanan tersebut dan cara mendapatkan makanan tersebut.Kerana pemakanan akan membentuk sahsiah manusia.Makanan yang baik akan melahirkan ummat yang mempunyai sahsiah yang mulia dan sebaliknya.


Sedar atau tidak sedar,malam ini merupakan malam ke-10 Ramdhan,behitu sayu hati ana menghitung tinggal berapa hari sahaja ana dibulan Ramadhan.Sekarang kesemua ummat Islam sedang dalam fasa terakhir bulan Ramadhan dimana di dalamnya terdapat suatu malam yang istimewa dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar.Apa itu malam Lailatul Qadar ya sahabat-sahabat? Ingin ana kongsikan serba sedikit pengetahuan ana dengan sahabat-sahabat semua.


Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam Lailatul Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.Bagaimana mahu menemui atau mencari malam Lailatul Qadar ini?Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam Lailatul Qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatul Qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan.


Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatul Qadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa malam Lailatul Qadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Apa istimewanya Malam Lailatul Qadar ini ya??




Yang pertama adalah malam Lailatul Qadar adalah malam diturunkan al-Quran.Sebab itu Nuzul Quran berkait rapat dengan Lailatul Qadar.Ianya diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT :-
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Mengikut satu pandangan, ayat diatas diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Yang kedua adalah pada malam Lailatul Qadar akan turun para malaikat termasuk malaikat Jibril dengan izin Allah dalam suatu angkatan besar,penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayan kepada orang yang berpuasa dengan ikhlas.


Jadi, marilah sahabat-sahabat semua kita mencari malam Lailatul Qadar.Moga-moga bertemu kita dengannya.1000 bulan boleh disamakan dengan 83 tahun.Cuba sahabat-sahabat bayangkan,seolah-olah kita telah beribadat kepada Allah selama 83 tahun.Sungguh panjangkan kan tempoh tersebut.Seolah-olah hidup kita ini hanyalah beribadat kepada Allah sahaja.Begitu ana harapkan pertemuan antara ana dengan Lailatul Qadar.Begitu juga keadaannya dengan sahabat-sahabat kan? Iya,ana pasti sahabat-sahabat juga merasakan apa yang ana rasakan.


Marilah kita bersama-sama berusaha memelihara hati kita.Kerana hati itu adalah pucuk pangkal kepada amalan kita.Jika baik hati itu makan baiklah amalan kita.Jika buruk hati itu makan buruklah amalan kita.Hati yang kotor sebenarnya hanya menjadi pernghalang kepada kita daripada melakukan amal makruf dan nahi mungkar. Ana rasa sudah terlalu panjang ana tulis bukan.Mungkin sahabat-sahabat pun sudah bosan atau penat mata membaca penulisan ana ini.Jadi akhir kata daripada ana..marilah sama-sama kita sucikan hati,tingkatkan amalan dan prestasi kita.

Waallhualam bisshawaf''~

Ainul Nabihah

Rujukan : JAKIM





p/s ; Saya sedang dalam perjalanan ke KL untuk ke Program MYC (Muslim Youth Camp). Seperti juga sahabat saya, Ajah (yg telah tulis perkara ini di blognya), dahulu kami ke MYC sebagai peserta pada tahun 2008 (baru teringat, pada tahun 2007 juga saya turut pergi sebagai peserta). Dengan penceramah program ini, Ustaz Pahrol Muhd Juoi (penulis buku "Tentang Cinta" dan "Nota Hati Seorang Lelaki"), amat banyak yang kami dipelajari. Ya, di saat program MYC 2007 lah turning point saya dalam mengenal erti Tujuan Hidup.. Kini, kami pergi lagi sekali bkn sebagai peserta tetapi insyaAllah untuk "memberi" (sbg AJK dan Fasi bersama sahabat2 lain) utk adik2 KYUEM. Semoga program ini berjalan dengan lancar di bawah rahmat dan keizinanNYA yang Maha ESA..


"Biarlah redha Allah yg sedang dicari, dan akan dicari selama-lamanya.."

Wallahu'alam